Sunday, 9 December 2012

Indahnya berukhwah

بسم الله الرحمن الرحيم

"Sahabat ibarat bintang,walaupun jauh,tapi tetap bercahaya"

Rasanya macam baru semalam kita kenal,
Rasanya macam baru semalam kita main kejar-kejar,
Rasanya macam baru semalam kita study sama-sama,
Rasanya macam baru semalam kita ponteng kelas sama-sama,
Tapi hakikatnya....
Semakin jauh kita meninggalkan zaman itu,

Cepatnya masa berlalu,
Cemburunya masa dengan kita,

Teman,Rakan,Kawan,Sahabat,
Ya!Aku sangat merindui kalian saat ini...

Jauh mana pun kita terpisah,
Kalian sentiasa bertakhta dalam hati,
Doaku sentiasa mengiringi langkah kalian,

*Pictures speak louder than words*


Bowling Time
Nyomelnye masa muda2

BBQ Party

Party Time!

Birthday Party,Thankz!


Last Paper

Syang-sayang saya

Semoga menjadi realiti satu hari nanti
Maafkan diri ini atas kekhilafan yang sengaja mahupun tidak disengajakan,
Sepanjang kita bersahabat,
Berjalanlah kalian di atas muka bumi ini menuntut ilmu,
Semoga kejayaan menjadi milik kita semua,
Dan kejayaan itu dapat kita kongsi bersama satu hari nanti,
In shaa ALLAH....

"Indahnya Ukhwah apabila bertemu dan berpisah kerana-NYA"
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan-NYA...

p/s : gambar nampak buruk selepas di edit,bukan tak ada skill,cuma kurang je..^__^













Sunday, 12 August 2012

Wanita Solehah


بسم الله الرحمن الرحيم 

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


Ta'aruf

                                                                       


بسم الله الرحمن الرحيم 

Siapa aku???CEOkah,Doktorkah,Pakar Motivasikah,Peguamkah,Penceramahkah atau Ustazahkah???

Jauh sama sekali tidak,cukuplah aku sebagai seorang insan yang masih mencari erti kehidupan

Seorang insan yang baru keluar dari kepompong melihat dan menerokai dunia luar

Seorang Muslim yang masih mempelajari dan mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu agama Allah

Seorang Muslimah yang ingin mencontohi sifat-sifat serikandi Islam,Khadijah,Aisyah dan seumpamanya

Juga salah seorang pemburu cinta-NYA...

Andai aku tersilap melangkah dalam perjalananku,maka bimbinglah aku ke jalan yang benar

Andai aku tersilap dalam melakukan sesuatu hatta dalam berbicara sekalipun,maka tegurlah aku

Sungguh,aku ingin dibimbing,agar kelak aku juga menjadi salah seorang yang bakal menghuni syurga-NYA

Amiiiiiiinnnn...